Sinopsis Sentuhan Najwa

Kisah Najwa, seorang gadis remaja yang mengidap HIV+ sejak dilahirkan, membesar sebagai seorang remaja biasa dalam memburu impian dalam kehidupan tapi berdepan dengan diskriminasi rakan-rakan di kolej terutamanya Raihana, hingga muncul dua lelaki, Arman dan Yazi yang mungkin merubah takdir hidupnya.

Najwa (Afifah Nasir) yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab (Aleza Shadan) dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryry Ryun) kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman (Alif Muhaimin) yang mempunyai perasaan terhadapnya.

Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.

Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu. Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?

Berkaitan